Wednesday 13 August 2014

Aidilfitri yang dirindui

Aidilfitri tahun ini disambut dengan sederhana tetapi sangat2 bermakna buat saya. Anak dara saya menyambut Aidilfitri nya yang pertama kali. Seronok rasanya saya dapat beraya berempat beranak tahun ni. Syukur ya Allah. 

Saya menyambut hari raya pertama di ibu negara sahaja, dan bersolat sunat Aidilfitri di taman perumahan saya sahaja kerana ayah mertua dan adik ipar masuk hospital 3 hari sebelum hari raya kerana denggi. Alhamdullilah mereka dibenarkan keluar hospital pada hari raya pertama. Jadi selesai saja urusan keluar hospital dan menjamah hidangan raya di rumah mertua kami bertolak pulang ke kampung suami di Perak.

Seronok rasanya dapat pulang ke kampung! Saya memang betul2 sukakan kampung.. Tentang semuanya, tentang pokok2 yang menghijau di keliling rumah, udara pagi yang nyaman. Org2 kampung yang jarang tergesa gesa kerana sesuatu (tidak seperti di bandar), menikmati sarapan pagi dengan penuh rasa nikmat dan syukur pada Allah. Saya bersyukur saya dibesarkan di pedalaman dahulu, dan kampung sebelah emak saya adalah di sebuah pedalaman di Kelantan. Nikmat ini, dahulu ketika muda saya terasa sangat penat untuk balik kampung yang rasa begitu jauh dari ibu kota, tetapi kini saya sangat2 menghargai nya, kerana saya rasa sangat tenang dan damai. Saya bersyukur semasa kecil saya selalu bermandi sungai dan parit, menangkap ikan di sungai kecil, main pondok2 di dalam kebun dan bermain kejar kejar sampai hitam kulit. Mana saya nak cari ganti pengalaman sebegitu. 

Selesai berhari raya di Perak, kami bergerak pulang ke kampung saya di Kelantan. Alangkah gembiranya hati! Tak sabar nak menikmati buah buahan segar dari dusun nenek saya dan keriuhan anak2 buah saya yang macam dah masuk 30 orang agaknya. hehe. Sesampai di kampung saya melihat timbunan durian yang banyak betul. Tapi tekak saya sudahpun sakit kerana makan durian yg banyak di kampung suami sebelum itu. Takpe saya ada sehingga hari raya ke6 utk menikmati semua ini! hehe.

Kemudian kami mandi sungai dan siap bakar ayam di tepi sungai! Alangkah gembiranya saya, seperti waktu saya kecil kecil dahulu.. :)



Sangat rindu! Insyaallah hari raya haji ni akan balik ke kampung! Tak sabar rasanya. Dan insyaAllah saya dan suami masing2 nak buat satu bahagian korban. Semoga dimurahkan rezeki ya Allah..

Of Motivation

(This is just a note for motivation for me to work more on my garden)

. I have the rights to give healthy products to my family and myself.
. I have the rights to feel healthy by doing some work on my backyard (because I dont really do jogging, gym, threadmill etc..)
. I must utilised the nikmat from Allah (of tanah, oxygen, water and kudrat). I must thank Allah for all these, hence I must work on my garden.
. I have the right to save more money by harvesting my own product
. I have the right to make the earth a better place!

:)

Salam.

P/S: Insyaallah hari ni berpuasa sunat yang ke-2.

Tuesday 12 August 2014

Update 13th August


Salam..

Update kebun belakang rumah yang sekangkang anak kera ni :p

Pisang pertama yang dihasilkan oleh kebun belakang rumah..Alhamdullilah.. Dah ditebang sebelum puasa lagi dalam awal July 2014.. Sekarang pokok di rumpun yg sama sedang berbuah.. Tak berapa banyak sikat yg dapat dihasilkan tapi utk buah yg pertama rasa sangat bersyukur.. Yang sebenarnya, pisang ini ditanam sejak pertama kali masuk ke rumah ni, kira2 3 tahun yg lalu.. di sebelahnya di tanam juga ubi kayu.. serentak lah kiranya tanam.. Ubi kayu tu pucuknya memang selalu kami dapat makan hasil.. di beri pada jiran juga..Alhamdullilah.. Tapi ubinya tak pernah kami gali, dan pisang ni jugak tak pernah berbuah.. Bila saje suami buang pokok ubi tu sebab katanya menggangu juga tumbersaran pokok kelapa nan sebatang :p dia tu.. pokok pisang ni terus menghasilkan buah.. Mungkin betul teori ubi kayu tu dah mengambil segala zat2 tanah..hehe.

Tapi..sedih pulak ubi kayu dah takde, sebabnya masa cuba tanam balik keratan batang tu x mahu pulak dia hidup.. nanti kita cuba lagi dgn ubi kayu ni.. sebab senang kalau ada pucuknya, boleh masak lemak cili api ataupun guna utk pecal..atau sambal daun tempoyak tu.. nyamyam..



Ini gambar lama..pokok daun sup tu dah pun mati, hihi. Kucai pemberian mak mertua alhamdullilah masih subur dan banyak kali pakai masak cucur.. daun kari pun dari hari pertama pindah ke rumah ni..pemberian mak mertua juga.. dirumah ni jarang masak kari, tapi husband suka kari..jadi bagus juga ada pokok ni.. senang je nak jaganya.. siram dan letak di tempat tak terlalu panas... letak juga baja sekali sekala..
Yang dalam bekas styrofoam tu daun kesum.. maybe kena ada bekas besar sket lagi.. tak berkembang sangat nampaknya daun kesum..

Yang bawah ni gambar anak2 terung.. memang dah besar sangat kan.. dah overdue untuk dipindahkan ke batas ni.. Insyaallah akan cuba secepat mungkin.. Ada baby memang tak sempat aje.. alasan.. hihi. 

P/S: Hari ni 17 syawal, baru memulakan puasa sunat 6.. harap2 mampu habiskan.. baru mula sebab 'bercuti' dan demam sebelum ni..semoga beroleh keberkatan dan pahalanya..insyaAllah..

Still Learning

Still learning to live a simple life. Although simple living has been the way of life of our ancestor since the beginning, we are the 20th century people seems to forget how to simply live..

Well, I'm so glad that I found peace and calm doing all these 'green' thing.

Bismillahirrahmanirrahim.. for the good start. My garden is not that big.. Well I'm not supposed to call it a garden anyway, is just a messy backyard with few plants here and there. So far, my collections is

1)Pokok pandan
2)Limau Kasturi
3)Cili (it looks like its dying.. I need to plant this more..hopefully soon..)
4)Limau purut
5)Kucai
6)Kesum
7)Serai
8)Pisang 

Selepas ini ingin cuba untuk tanam sayur sayuran pula.. anak terung dah pun disemai seminggu sebelum hari raya.. harus cepat2 siapkan batas untuk pindahkan anak2 terung tersebut..

Perancangan selepas ini ialah menyemai anak cili dan anak sawi..

Dan menanam beberapa pokok yang baru dibeli sebelum Aidilfitri :)

Sehingga jumpa lagi!